UTUSAN PENGARAH
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Saya mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Kolej Kemahiran Mentari. Diharapkan maklumat yang dimuatkan di dalam laman web ini dapat memenuhi inspirasi pengunjung di dalam memperolehi maklumat penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir.
Kolej Kemahiran Mentari merupakan pusat bertauliah dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Peranan Kolej Kemahiran Mentari adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir selaras bagi memenuhi keperluan industri negara. Kolej Kemahiran Mentari menawarkan peluang pembelajaran kepada lepasan PT3, SPM serta para belia bagi meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran mereka.
Untuk mencapai negara maju, Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga mahir yang kompeten. Jadi perlu lebih ramai warga belia diperlukan dalam bidang kemahiran ini. Saya percaya dan yakin,pada suatu masa kita boleh menjadi negara maju setanding dengan Jerman dan Jepun, jika lebih tumpuan kepada pendidikan dalam bidang kemahiran.
Akhir kata, selamat melayari Laman Web Kolej Kemahiran Mentari.
Terima kasih
“TENAGA MAHIR INSPIRASI NEGARA”
NOOR JAHN BINTI MOHD AMIN
PENGARAH
KOLEJ KEMAHIRAN MENTARI (L02432)